Followers

Tuesday 17 June 2014

Malulah wanita dengan Semalu

"dan katakanlah kepada para perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara  kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasanyanya (auratnya), kecuali yg biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dada, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) ... (hingga akhir ayat) " -An-Nur 24 : 32-


10 tahun dulu, bila diwar-warkan berlaku 1 kes rogol,bunuh psti gempar satu dunia. tapi hari ini, berita sebegitu sudah jadi 'makanan' untuk kita. seolah tiada yang pelik.

 Ya. kata org "biasela, dunia sekarang".. mungkin lebih tepat "dunia sudah akhir zaman".
mereka yang merogol. pastinya Bersalah! perlu dihukum sebat!
semangat manusia bersuara untuk menunjukkan ketidakpuasan apabila berlaku kes2 begini
bersuara sahaja tidak cukup untuk membantu membasmi kes2 begini. usahalah untuk betul membasmi


wanita,
resamnya wanita ini ibarat pokok semalu
menutup untuk melindungi diri apabila manusia menyentuh


namun wanita,
terus-terus mendedahkan, terus-terus mempamerkan. andai ramai yg membuat bandingan wanita yg membalut tubuh seperti nasi lemak seringgit.


tapi
 

nasi lemak itu perlu dibayar terlebih dahulu untuk dilihat isinya yg enak.. jangan la kita menjadi lebih murah dari nasi lemak seringgit bahkan percuma untuk dilihat isinya
pastinya tidak semua yg mendedahkan, tapi sebahagian yang mendedahkan boleh memberi tempias kepada yg menutup. kasihanlah mereka yang menutup,


jadilah seperti semalu,
menutup untuk melindungi


semalu,
berduri, sebagai pertahanan
supaya yang memegangnya cedera 


wanita,
andai awalnya lagi mudah untuk dilihat, disentuh
pasti yang melihat dan menyentuh tidak gerun langsung untuk memegang


semalu,
kukuh akarnya, supaya sukar tangan binasa mencabutnya


wanita,
bagaimana dikatakan kukuh benteng pertahan andai segala selok belok telah didedahkan.
andai semalu disentuh, ia mengucup
andai dipegang, ia berduri,maka berdarahlah mereka yg cuba memegangnya
akarnya kuat mencengkam bumi..

namun, andai mereka tetap cuba mencabutnya, dan berjaya mencabutnya.maka berdosalah tangan2 itu!

namun wanita,
malulah..memohon pelindungan daripada yg Maha Melindungi
namun tidak mahu mengikut perintahNya
jadilah yg berikhtiar seiring dengan tawakkal
aurat disyariatkan untuk ditutup bukan dibalut supaya muslimah itu lebih dikenali
supaya perbezaan muslimah dengan wanita agama lain lebih jelas..
bukan hanya berbeza dengan Tudung di kepala tetapi tubuh dibalut kemas


Monday 26 May 2014

aku,manusia yg tak henti dengan kelalaian

"those who believe and whose hearts are set at rest by the remembrance of Allah ; now surely by Allah's remembrance are the heart set at rest"-Ar-rad:28-

yes. exactly right.. kenapa hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang?

kerana Allah lah yang mencipta,yang menjaga, yang memelihara hamba2Nya. Bila pergantungan diletakkan padaNya, tiada satu benda pun yang perlu dirisau,yang perlu disedihkan.


dan aku,manusia yg sangat lalai.

.bodoh kerana mempercayai manusia
mempercayai kata2 manusia instead of mentaati QalamNya
aku lupa.. manusia itu sering memungkiri2 kata2.
aku lupa..padahal aku juga begitu..

manusia itu sayangnya kadang iya kadang2 tidak..atau mungkin langsung tidak

tapi Dia, RahmatNya sentiasa, RahimNya tidak pernah putus
tapi aku, manusia yang sangat alpa
lebih percaya kepada manusia dan lupa  kepada Pencipta manusia yang sayangNya sentiasa
Infiniti

aku

bodoh kerana kalah dengan dunia
padahal belum tentu dunia yang ku kejar menjamin akhirat

aku 

mengharapkan kamu
tapi aku lupa kamu juga manusia
manusia yang penuh dengan kelemahan

Dia

sentiasa membantuku
sentiasa menguatkan ku
tapi aku melupaiNya
bertapa butanya aku

Allah,

give me the strength

16:19
26 rejab 1435
26/5/2014
LT512




Saturday 29 March 2014

My sponsorship

recently or maybe currently  i was bombarded with thousands questions from my senior about university and scholarship application..xpe..common la kan baru nak masuk u..
here i just want to share a few things about my sponsor(yela kak nik@kak iqa bukannya ceo yayasan ni..so byk lg yg xtau). 
first of all nama sponsor kak iqa ni yayasan peneraju pembangunan bumiputra(yppb) www.penerajuedu.com. dan adatnya biasiswa ni tak boleh la senang2 nak isi nak dapat..adala requirement yg kne follow so here the syarat-syarat kelayakan:

so far setakat ni i do not hv any problem with them..they provide me a mentor to guide me,to help,to answer, to give moral support and all la..so kalau result rendah dari yg ditetapkan kenalah warning,kenalah sesi kaunseling and ada la yppb akan buat. most of their scholars were sent to ipts but there were  a few at ipta..for more information, u all call la mereka..nanti lepas dah lyak masuk interview,before the interview session, they will brief u about their programme..i cant help u much,because this is a new scholarship. so quite hard for me to convince all of u..selamat mengisi borang2 my junior..pergi la jom masuk u and other..search la bank2 punye scholarship..
for those yg kak iqa x jawab pertanyaan, im seriously sorry sebab kak iqa pun tengah busy nk jwb sorg2 punya soalan.(i mean really busy)
thats all.. :)
p/s:isi jugk la mara,jpa,and yg lain..xpe..isi je dlu



Monday 3 February 2014

waktu silam itu side mirrornya

kekadang ingatan menjengah ke masa silam

waktu naluri remaja kata orang inginkan kebebasan. ya, aku satu2nya dalam adik beradik yg lari dari bidang pengajian islam.. so, umi mulai bimbang untuk lepaskan aku mnjejak ke alam universiti dgn ilmu kehidupan yg terlalu cetek. selepas keputusan permohonan program DQ-UIA gagal,umi start fkir second plan untk anaknya ni tidak tercicir dari mghafal quran seperti anak2nya yg lain..so, umi decide untk hanta msuk sekolah pondok untuk mghafaz quran smntara tggu result SPM..then,anknya ni pulak jenis yg mmg haish susah nk cakap pun brfkir2 cmne nk bia xpyh prg sklh pondok..hehe..haaa. Allah pun prmudahkanlah niat ak yg jahat tu kan..pstu 2 mggu lps hbs spm tu trus kne Bell's palsy..heh..yeay!xpyh msuk pondok! suke beno ni..

ingtkan sakit tu biase sgt,haaa ambik kau mnanggung 6 buln untuk dpt blik muka yg asal..sampai hr ni pun ade lg kesan sbnrnya klu org tilik muke aku satu2 mmg nmpk la..
 ingtkan bile dah sakit ni jd baik la sikit..ermm baik la kejap..kejap jela..mase sakit je baik sebb nk mntk disembuhkan segera..teruk betul kan..macam la Allah xtau isi hati tu..ish3
pastu dah sihat..ermm..makin menjadi2 perangai rupenya..dah start nk pkai shawl,jeans,tshirt2 biase(xblh pkai yg fit2 lg..dpn umi kan)..pstu bju kurung dah campak entah ke mana..dalam hti duk kate 'okla aku mcm ni..ak bukan budak course agama pun'..jahil punye statement kan


then dpt result spm..Alhamdulillah..x full tapi Allah bg lg chance untuk futher dlm mbbs under biasswa yppb tunas potensi..dah dapt offer ni kne la attend bridging program 3 mggu (seminggu ni OBS-outwardbound school-,2 minggu di sunway uni)..heh..mse ni la start tunjuk belang..kan dah jauh dr umi..mula2 mse obs tu byk aktvti lasak,so bykla meringan-ringankan sendiri hukum untuk backup dri..start la 'xpela xpkai sarung kaki basah nnti','ala bukn singkat sgt tudung ni,ok dah ni..bukn budk agama pun','baik pkai cmni cmni nnti senang sket nk gerak'..haa..mcm2 la statement2 kejahilan dihasilkan untuk back up dri sndr kan..so terbawakla smpai program kat sunway uni..'ala pergi makan je pun','ala dengan budak2 ni je kn'..


blik dr bridging program tu, maka terkejutla umi melihat penampilan anknya sorg ni..istighfar umi tgok..hehe..dri ni duk nak buat keras jgk..bia la..ok dah ni..org lain pkai lg truk..terserlah lg kejahilan..
mse tu ada masa cuti sebulan sblum daftar ke Msu..so umi gne la pluang tu tarik blik anak dia ni..namun x berjaya..smpaikan umi kluarkan ayat "umi nk tgur awak lbih2,awak lg tahu..cuma umi boleh doa je bia Allah jumpakan iqa dgn suami yg akan sruh awk tutup"..perghh sentap dengar ayat umi..pstu doa blik 'ya Allah xnk laki cmtu..nk laki yg xmarah ak pkai cmni'..nmpk lagi jahilnya..haiyya
start daftar kat Msu..mulalah kehidupan universiti,mghadapi realiti..
mula2 oklah..boleh kebal sbb tgok org lain rase mcm diorg pkai lg teruk dari dri sndr..smpaikan klu upload gmba kat fb sllu main crop2 sbb xnk umi n kakak bising..walaupun pernh la terkantoi pkai jeans fit..
sampai pernah subjk islamic study,ustaz tnya sape dr sklh agama..pstu start la xnk ngaku sbb 'sopan' sgt penampilan..

RahmatNya sentiasa..

bertapa Allah tak pernah jauh dr hambaNya,dan sentiasa berikan hidayah pada hambaNya..terserah pd hambaNya tu pulak nak buat nampak tak nampak hidayah tu..

satu hari adala sorg classmate(laki) datang nk berbual..so ok je la kan nk borak..haaa...tetiba dia main tepuk bahu kita ni sesuka hati..perghhh..menyirap terus..


masa tu baru nk gunakan rahmat akal yg Allah bg..terfikir,knp lelaki tu brni sgt ya?terfikir jgk,knp aku rasa rendahnya martabat aku sbgai muslimah..Rasulullah datang menyebarkan syiar Islam,menaikkan martabat muslimah,tapi knp aku rasa terhina?dan rasa lebih terhina apabila duduk sendiri berfikir..

umi dah curahkan kau ilmu agama sejak lahir secara tak formal..dah hantar PASTI dr umur 5 thn,Madrasah Darul Taqwa, Smaasza...dah 12 thn duk di persekitaran yg mengajak kearah Islam..tapi diri terlalu bodoh kerana lari dari kebenaran..
dari itu mulalah detik penghijrahan yg sememangnya sakit tapi sgt manis..
apabila pernah punyai msa silam,diri akan positif melihat manusia yg belum, msih atau sedang mencari jlan hidup,kerana yakin hati-hati insan itu milikNya..masa sekarang bukanlah beerti begitulah pengakhirannya..
maka jgn bersedih punya masa silam yang teruk kerana kereta tanpa side mirrornya takkan mampu dipandu dengan baik.. 



Friday 27 December 2013

duhai lelaki,bertaubatlah

dayusnya kamu lelaki,
membiarkan tanggungjawabmu di bahu isteri
membiarkan beban-beban berat di angkat isteri dan anak-anakmu sambil kau berpeluk tubuh melihat
berlagak dikhalayak ramai kononnya warak kononnya hebat hakikatnya isteri dan anak-anak menderita

hinanya kamu lelaki,
pabila hebatnya anakmu terus kamu akui kononnya bahawa itu kerana hebatnya kau menjalankan tanggungjawab yang hakikatnya tugasmu dilakukan oleh insan yang lemah

bodohnya kamu lelaki,
tanpa dapat dilihat kehebatanmu kerana setiap tindak tandukmu membuktikan kebodohan dan kejahilanmu tetapi engkau ego mengakui
tapi jangan kau risau kerana kebodohan itu tetap jelas terpancar

mungkin didunia engkau terlepas mungkinnya
mungkin kau rasa umurmu terlalu panjang lagi untuk terus hidup dengan ego
tapi yakinlah hutang mu terhadap tanggungjawabmu tak semudah itu engkau lari
perhitungan dihadapan Dia itu pasti
duniamu kacau akhirat tidak tertentu lagi
bertaubatlah
kerana ramai menunggu matimu

Thursday 5 December 2013

hidup ini ujian

sungguh. bukan mudah menghadapi ujian hidup. kesenangan itu ujian.kesusahan itu ujian..kesedihan itu ujian. kebahagiaan itu ujian. 
ya. aku juga menjalani hidup seperti remaja lain. cuma aku sangat berusaha agar hidup aku ini dijalani sebagai seorang muslimah.sebagai seorang khalifah. 
ya Allah..semakin ingin berusaha menjadi solehah,semakin sakit yang ditanggung..
aku juga berusaha menghadapi dan mengawal fitrahku dengan iman. 
semakin menginjak ke alam remaja,ke alam mencari identiti diri sebagai muslimah,alam yang memerlukan tarbiyah yang tinggi ke dalam diri, tapi semakin kuat naluri diri membuak-buak. 
tapi aku takut untuk kembali ke zaman jahiliyah ku. kezaman aku menggunakan pengetahuan agama yang ada untuk membackup kesalahan diri yang sememangnya salah.. 

Sunday 6 October 2013

"tutuplah. untuk menjadi lebih baik"

Sungguh. bukan mudah menjaga diri. menjaga maruah. menjaga harga diri.
Bukan mudah menghormati. tapi lebih sukar dihormati.

"iqa,pakailah jilbab..tutuplah"..ikhlas suara bisikan sahabatku

entah kenapa.. selama ni aku ditegur mengenai pakaian ku,jarang kuhiraukan.sekadar memberi senyuman tanda menghormati yang menegur. tapi kali ni. aku menjadi tersentap sehingga hampir tertitis air mata. 
sedang aku sememangnya menyedari. aku tidaklah secantik mana untuk terlalu menutup sekadar manis mata memandang.
tapi kata-katanya membuat aku terbayang2 hingga ke mimpi.

"apa lagi yang aku perlu tutup. shawl n tudungku semuanya melepasi dada."
soalan untuk menghilangkan kegusaran di hati. 

"ya.tudung2 yang kau pakai memang dah ok. tapi apakah betul2 dh selamat?iqa,kamu pakai jilbab ya?"
lembut sahabatku memujuk

"ha?jilbab?saya belum sedia. akhlak pun xbaik mane. tak sedia la"

"bila kau akan sedia? bila kau pakai jilbab kau akan automatik guide diri kau. kau akan malu untuk membuat perkara2 yg menjatuhkan imej kau"

hmm..no word to say

tapi perbualan tu buat aku tak tido malam. entah. selama ni umi dah banyak kali cakap pasal jilbab.tp boleh je buat donno..

and the conversation continued for the next day

"ok je tudung yang saya pakai ni. tutup habis apa"

"ya. memg dah tutup habis. tapi dalam hidup kita selalu nak yang terbaik. so,kenapa tak nak jadi muslimah yang gred A. jomla upgrade diri kite. kalau kite nak jadi muslimah gred A knela ade gaya gred A."
dengan gaya thumbs up nya skli.

aduh..sekali lagi aku terasa mata membahang.

ini bukan satu benda yang mudah. transformasi. tersilap langkah Islam terfitnah,tersalah gaya muslimah dihina.

setelah berdoa diberi kekuatan. aku mengambil keputusan. ya. aku ingin menjadi muslimah gred A. dan aku kena berusaha ke arah itu.

" tp,byk dh bli shawl2". bisikan yang sangat sakit untuk dilawan. ya Allah!kuatkanlah aku.

aku perlu. hidup dikalangan manusia semuanya bertudung. tetapi seolah2 hanya rambut sahaja aurat menyebabkan aku mendapat tempias lelaki2 yang tidak tahu menghormati. semua perempuan di anggap sama. bahkan kekadang tidak dianggap muslimah.
aku ingin dihormati sebagai muslimah. bukannya ingin dipandang baik. tetapi untuk berusaha menjadi baik. bukannya untuk dipuja tetapi untuk menunjukkan indahnya ajaran Islam.

mungkin dengan berubah penampilan ramai yang memanggilku ustazah. sudah terlalu biasa dengan panggilan itu..
kenapa perlu malu?
sepatutnya kau gembira. panggilan itu yang akan menjadikan dirimu terjaga.
ya. engkau memang bukan mempelajari course agama.
tetapi tidak cukupkah ajaran Islam yang umi semaikan dalam dirimu?
dari umur 5 tahun engkau dihantar ke pasti,madrasah dar at-taqwa,smaasza.lgsg tidak ad sethun pun hidup mu tanpa ilmu2 agama.bahkan melebihi yang lain dapat. 
apakah kau malu apabila mempraktikkan ilmu mu?
malu dipandang pelik?
mengapa malu untuk menjadi lbih baik?

aku mahu menjadi muslimah gred A

ya Allah!sungguh pedih melawan diri. melawan nafsu..kuatkanlah aku..istiqamahkan lah aku.


have a change. not only for the appearance. akhlak as well :)