Followers

Friday 27 December 2013

duhai lelaki,bertaubatlah

dayusnya kamu lelaki,
membiarkan tanggungjawabmu di bahu isteri
membiarkan beban-beban berat di angkat isteri dan anak-anakmu sambil kau berpeluk tubuh melihat
berlagak dikhalayak ramai kononnya warak kononnya hebat hakikatnya isteri dan anak-anak menderita

hinanya kamu lelaki,
pabila hebatnya anakmu terus kamu akui kononnya bahawa itu kerana hebatnya kau menjalankan tanggungjawab yang hakikatnya tugasmu dilakukan oleh insan yang lemah

bodohnya kamu lelaki,
tanpa dapat dilihat kehebatanmu kerana setiap tindak tandukmu membuktikan kebodohan dan kejahilanmu tetapi engkau ego mengakui
tapi jangan kau risau kerana kebodohan itu tetap jelas terpancar

mungkin didunia engkau terlepas mungkinnya
mungkin kau rasa umurmu terlalu panjang lagi untuk terus hidup dengan ego
tapi yakinlah hutang mu terhadap tanggungjawabmu tak semudah itu engkau lari
perhitungan dihadapan Dia itu pasti
duniamu kacau akhirat tidak tertentu lagi
bertaubatlah
kerana ramai menunggu matimu

Thursday 5 December 2013

hidup ini ujian

sungguh. bukan mudah menghadapi ujian hidup. kesenangan itu ujian.kesusahan itu ujian..kesedihan itu ujian. kebahagiaan itu ujian. 
ya. aku juga menjalani hidup seperti remaja lain. cuma aku sangat berusaha agar hidup aku ini dijalani sebagai seorang muslimah.sebagai seorang khalifah. 
ya Allah..semakin ingin berusaha menjadi solehah,semakin sakit yang ditanggung..
aku juga berusaha menghadapi dan mengawal fitrahku dengan iman. 
semakin menginjak ke alam remaja,ke alam mencari identiti diri sebagai muslimah,alam yang memerlukan tarbiyah yang tinggi ke dalam diri, tapi semakin kuat naluri diri membuak-buak. 
tapi aku takut untuk kembali ke zaman jahiliyah ku. kezaman aku menggunakan pengetahuan agama yang ada untuk membackup kesalahan diri yang sememangnya salah..